HomeIsu tempatanNDRC UMS lantik Task Force komuniti bencana alam di Melangkap

NDRC UMS lantik Task Force komuniti bencana alam di Melangkap

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Belud : Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) mewujudkan task force komuniti di Kampung Melangkap Baru sebagai usaha memperkukuh kesiapsiagaan bencana dalam kalangan masyarakat. 

Pengarah NDRC UMS, Profesor Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn M. Payus berkata, Task Force Bencana Alam Melangkap yang ditubuhkan adalah merupakan pasukan sukarelawan komuniti yang pertama di Sabah.

Katanya pasukan tersebut dibentuk untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta respon awal komuniti terhadap bencana alam. 

“Penubuhannya adalah hasil kerjasama strategik antara NDRC UMS, Pejabat Daerah Kota Belud, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Badan-badan anggota keselamatan serta lima buah kampung di kawasan Melangkap.

“Antaranya adalah Kampung Melangkap Baru, Kampung Melangkap Tiong, Kampung Melangkap Kapa, Kampung Melangkap Tomis dan Kampung Melangkap Noriou,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sijil Lantikan Task Force Bencana Alam Melangkap dan Perasmian Bilik Operasi Makmal Hidup Bencana Alam melangkap (MaHBAM) di Dewan Polumpung, Kampung Melangkap Baru, baru-baru ini. 

Carolyn berkata, perasmian MaHBAM akan menjadi pusat focal point rujukan dalam pemantauan, komunikasi kecemasan dan penyelarasan semasa insiden bencana.

“Antara pencapaian signifikan yang diumumkan dalam majlis ini adalah pemasangan sistem sensor amaran awal banjir di Polumpung Melangkap View Camp Site, iaitu hasil kolaborasi antara MaHBAM, komuniti dan sebuah lagi makmal hidup UMS, Impact Sense.

“Sistem ini diharap mampu memberikan amaran awal kepada penduduk bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat banjir,” katanya.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan Timbalan Setiausaha, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri, Mohd Rizan Abran. 

Mohd Rizan berkata, Kerajaan Negeri Sabah sentiasa komited menyokong usaha Pengurangan Risiko Bencana (DRR) di peringkat akar umbi dengan menggalakkan inisiatif berasaskan komuniti dan teknologi tempatan.

“Task Force Bencana Alam Melangkap serta Bilik Operasi MaHBAM ini adalah contoh terbaik pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti yang inklusif, tangkas dan mampan. 

“Kerajaan Negeri berharap model ini dapat diperluaskan ke kawasan-kawasan lain yang berisiko tinggi di Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS bantu ringankan persiapan pelajar STPM ke menara gading

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular