HomeUtamaSabah terus perkukuh komitmen terhadap pembangunan pendidikan

Sabah terus perkukuh komitmen terhadap pembangunan pendidikan

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan pendidikan menerusi pelbagai inisiatif bantuan dan penghargaan kepada pelajar cemerlang di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ini termasuklah memperkenalkan inisiatif Bantuan Yuran Peperiksaan MUET untuk semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan itu di Sabah.

“Hari ini kita menyampaikan bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dan inisiatif Kerajaan Sabah menerusi Pejabat Tugas-Tugas Khas berhubung pendidikan, dimana seramai 170 orang menerima anugerah pada hari ini.

“Antaranya ialah seramai 74 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang mendapat 4A yang kita janjikan setelah diluluskan oleh Ketua Menteri sebagai pengiktirafan kepada kejayaan mereka iaitu mendapat RM1,000 setiap seorang.

“Selain itu, kita turut memberi anugerah kepada seorang pelajar cemerlang STPM di peringkat Kebangsaan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Klias, kita berikan anugerah RM3,000 kerana kecemerlangan beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Honorarium Tabung Pendidikan Negeri Sabah kepada pelajar cemerlang STPM dan MUET 2024 di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini pada Jumaat.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, sebanyak 14 inisiatif telah diperkenalkan Kerajaan negeri dalam memastikan bidang pendidikan terus menjadi keutamaan.

“Baru-baru ini Kerajaan negeri telah mengumumkan inisiatif baharu iaitu BAYU dimana bantuan yuran untuk MUET iaitu RM150 seorang untuk lebih 8,000 orang berjumlah RM1 juta.

“Ini bererti anak-anak kita yang mengambil peperiksaan MUET tidak lagi membayar yuran sendiri tapi ditanggung oleh kerajaan. Setakat ini kita telah membelanjakan lebih RM13 juta untuk lebih 10,000 anak-anak Sabah untuk TPNS,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular