HomeUtamaMAPS 2024 raikan kecemerlangan pelajar SMK Salaping

MAPS 2024 raikan kecemerlangan pelajar SMK Salaping

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA MARUDU: Majlis Apresiasi Permata Salaping (MAPS) 2024 semalam diraikan penuh meriah di Dewan Perdana SMK Salaping, dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda.

Majlis ini memberi penghargaan kepada pelajar cemerlang, guru berdedikasi dan ibu bapa penyayang yang menjadi tonggak kejayaan sekolah.

“MAPS bukan sekadar majlis tahunan, ia lambang pengiktirafan kepada usaha gigih seluruh ekosistem pendidikan,” ujar Redonah.

Beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan Negeri dalam memajukan pendidikan melalui pelbagai inisiatif seperti SUKSES, BISTARI, BAIK, BAGUS, BUDI, dan SUBFLY di bawah Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Redonah turut menyeru pelajar menjauhi gejala negatif dan terus berdisiplin demi masa depan yang gemilang.

“Anak-anak adalah harapan negeri. Pilihlah jalan yang baik demi kejayaan,” katanya

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Apresiasi Permata Salaping (MAPS) 2024 di Kota Marudu semalam.

Beliau turut menyampaikan pesanan kepada para pelajar agar menjauhi gejala negatif seperti vandalisme, buli, ponteng sekolah dan penyalahgunaan dadah yang boleh merosakkan masa depan.

“Tiada kejayaan tanpa disiplin, dan tiada kebahagiaan tanpa akhlak,” tegas beliau sambil mengingatkan bahawa setiap pelajar adalah aset masa depan negeri bantu pelajar luar bandar dan B40.

“Pelaburan terhadap pendidikan bukanlah pilihan, tetapi adalah keutamaan. Ia pelaburan jangka panjang yang memecah rantaian kemiskinan dan mencorak masa depan negeri,” katanya lagi.

Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar dan penyerahan sijil serta anugerah kepada para penerima.

Dalam majlis tersebut, Redonah turut menegaskan komitmen untuk terus mencipta kecemerlangan melalui kerjasama erat antara guru, ibu bapa dan komuniti setempat.

Beliau berharap dengan harapan agar SMK Salaping terus menjadi sekolah harapan dan ikon kecemerlangan pendidikan di utara Sabah.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular