HomeUtamaGRS sedia tawan Lamag – Masiung

GRS sedia tawan Lamag – Masiung

Read Time:1 Minute, 4 Second

SANDAKAN: Parti-parti tempatan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia menyahut cabaran UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) akan datang.

Naib Presiden Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, misi GRS yang ditunjangi Gagasan Rakyat adalah memastikan kemenangan di kerusi tersebut yang kini disandang pembangkang.

“Saya melihat aura politik di Sabah, khususnya di Lamag, semakin ketara memihak kepada parti-parti tempatan,” katanya ketika merasmikan pejabat baharu Gagasan Rakyat Bahagian Lamag yang diketuai Abu Bakar Gapar di Bukit Garam, semalam.

Menurut Masiung, kesungguhan jentera Gagasan Rakyat di Lamag sebagai tulang belakang GRS memberi keyakinan bahawa parti tempatan mampu menawan kawasan tradisi UMNO itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut itu turut memberi jaminan bahawa GRS akan menampilkan calon terbaik untuk bertanding di DUN Lamag.

“Saya lihat tiga sayap utama iaitu Pemuda, Wanita dan Beliawanis sudah mula digerakkan di seluruh kawasan. Sayap-sayap ini juga telah diselaraskan mengikut saluran Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ketiga-tiga sayap agar tidak leka dan sentiasa melaksanakan tanggungjawab mengikut arahan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa.

“Jentera bahagian Gagasan Rakyat perlu memperkukuh semangat kekeluargaan dengan parti-parti gabungan dalam GRS bagi menawan hati pengundi di kawasan ini,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular