HomeUtamaPenjawat awam diingatkan berintegriti tangani penyeludupan di sempadan

Penjawat awam diingatkan berintegriti tangani penyeludupan di sempadan

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu: Penjawat awam persekutuan diingatkan agar terus mengamalkan nilai-nilai murni dan telus dalam usaha membanteras jenayah penyeludupan.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa berkata, usaha untuk membanteras kegiatan penyeludupan bukan perkara mudah dan para petugas perlu berdepan dengan risiko yang tinggi.

“Tentang usaha membanteras penyeludupan ini bukan mudah sebenarnya, risiko agak hebat dan tinggi jadi semua adalah bergantung kepada individu lebih-lebih lagi kita sebagai penjawat awam.

“Kita tahu negara kita bersempadan dengan dua negara iaitu Filipina dan Indonesia maka sudah pasti tugas pihak keselamatan yang berada di persempadanan agak berat.

“Pihak penguatkuasa dan badan beruniform ini diharap dapat berkhidmat dengan lebih telus dan berhati-hati dan jangan bersubahat.

“Sebagai penjawat awam, kita perlu terus mengamalkan nilai-nilai yang baik seperti yang sering kali dipesan oleh pucuk pimpinan kita termasuk Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan sekiranya kita sebagai penjawat awam sedia ada berjaya mempunyai prinsip yang baik maka generasi akan datang juga akan dapat meneruskan usaha itu,” katanya.

Rosli berkata, pelbagai program diatur bagi menjadikan Malaysia sebagai negara terhebat yang berjaya mengatasi pelbagai masalah termasuk menjaga persempadanan negara.

Beliau ditemui media semasa Majlis Perasmian Penguatkuasaan Undang-Undang “Cabaran Penguatkuasaan Penyeludupan dan Keselamatan Sempadan” yang diadakan di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini, pada Rabu.

Seminar yang dihadiri oleh kira-kira 300 penjawat awam persekutuan itu turut diisi dengan sesi ceramah daripada pelbagai agensi antaranya Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hadir sama, Pengarah SPRM Datuk TPj Karunanithy Y. Subbiah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah SAC Datuk Azmi Abdul Rahim.-

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular