HomeUtamaKota Kinabalu jadi tuan Rumah 'ASEAN Women’s Conference 2025' Ogos ini

Kota Kinabalu jadi tuan Rumah ‘ASEAN Women’s Conference 2025’ Ogos ini

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Kota Kinabalu bakal menjadi tuan rumah bagi penganjuran ‘ASEAN Women’s Conference on Best Practices 2025’ (AWCoBP 2025) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada 16 Ogos depan.

Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita (IKSnita) Sabah, Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal berkata, program itu diadakan bagi menghimpunkan ratusan wanita dari lima negara ASEAN untuk berkongsi amalan terbaik dan memperkukuh agenda pemerkasaan wanita serantau.

“Persidangan ini menekankan kepentingan mempercepatkan tindakan kolektif dan merapatkan jurang data antara wanita melalui perkongsian pengalaman, penyelesaian dan kejayaan merentas pelbagai bidang.

Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita (IKSnita) Sabah, Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal

“AWCoBP 2025 adalah satu-satunya platform tahunan yang bersifat interdisiplin – kita membawa wanita dari pelbagai latar belakang dan bidang untuk bertukar pandangan serta membentuk solusi menyeluruh terhadap cabaran wanita masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin di Istana Seri Kinabalu, di sini baru-baru ini.

Khatijah yang diiringi Rektor UiTM Cawangan Sabah Prof Madya Dr Rozita Mohammed berkata, tujuan persidangan tersebut adalah untuk menjemput Toh Puan Faridah merasmikan program yang dijangka dihadiri kira-kira 500 peserta wanita dari seluruh ASEAN.

Selain sesi konferensi dari jam 8 pagi hingga 5 petang, AWCoBP 2025 turut menampilkan pameran, persembahan kebudayaan ASEAN, dan sesi interaktif yang mempamerkan kekayaan pengalaman serta kejayaan wanita serantau.

“Ini bukan sekadar acara – ia adalah momen penting untuk meraikan kemajuan wanita, menghubungkan pemimpin dan memperkasa agenda wanita di Sabah serta ASEAN,”katanya.

AWCoBP 2025 dijangka menjadi antara platform pemerkasaan wanita paling berimpak tinggi tahun ini, khususnya dalam memastikan perkongsian amalan terbaik terus dikongsi secara saksama dan strategik di peringkat serantau.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular