HomeUtamaLelaki mengamuk, ugut bapa dengan parang

Lelaki mengamuk, ugut bapa dengan parang

Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Polis berjaya memberkas seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam satu kes ugutan jenayah membabitkan ahli keluarga sendiri di daerah ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku apabila suspek bertindak agresif dengan mengamuk dan mengancam bapa kandungnya menggunakan sebilah parang sepanjang 65.8 sentimeter.

“Abang kandung suspek yang berada di lokasi cuba menenangkan keadaan dan berjaya meleraikan pertengkaran tersebut. Namun, suspek kemudiannya bertindak merosakkan harta benda milik abangnya pula,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Bimbang keselamatan diri dan keluarga, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis di balai polis berdekatan.

Jasmin berkata, bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota dari Balai Polis Sri Indah telah melakukan serbuan di sebuah rumah tidak bernombor sebelum berjaya menahan suspek.

Menurut beliau, suspek kini ditahan di Balai Polis Sri Indah dan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan, Jasmin berkata, seorang lelaki berusia 31 tahun telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu kes kecurian melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM328.

“Hasil risikan dan intipan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau membawa kepada penahanan suspek di kawasan Jalan Apas.

“Siasatan awal mendapati suspek telah mencuri 10 botol minyak wangi berjenama Enchanteur dari sebuah cawangan kedai Guardian,” ujar beliau lagi.

Beliau memberitahu, suspek kini berada dalam tahanan di IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Boleh Ganggu Inkues, Dilihat Beri Tekanan Kepada Saksi Kanak-Kanak...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular