HomeUtamaJuruukur bahan PBT direman terima suapan lebih RM200,000

Juruukur bahan PBT direman terima suapan lebih RM200,000

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Seorang juruukur bahan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah direman selama empat hari bermula hari ini selepas disyaki menerima suapan lebih RM200,000 daripada beberapa kontraktor dan syarikat pembekal sebagai balasan membantu mendapatkan projek ditawarkan PBT berkenaan.

Perintah reman sehingga 13 Julai 2025 itu dikeluarkan Majistret Wan Farrah Farizza Wan Ghazali di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy berkata, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Suspek disyaki menerima rasuah melebihi RM200,000 daripada beberapa kontraktor dan syarikat pembekal menerusi pelbagai transaksi, sebagai ganjaran membantu mereka memperoleh projek PBT.

“Antara projek terlibat termasuk pembasmian kemiskinan, pembinaan rumah mesra Sabah, kerja-kerja pembersihan pusat pembuangan sampah serta pembekalan alat ganti kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, aktiviti rasuah itu dipercayai berlaku dalam tempoh antara tahun 2021 hingga 2024 dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular