HomeSukanTiga atlet UMS terima insentif, beraksi ke WUG

Tiga atlet UMS terima insentif, beraksi ke WUG

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Tiga atlet Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima insentif khas sebagai penghargaan dan dorongan sebelum menyertai kejohanan berprestij Sukan Universiti Dunia (WUG) di Rhine-Ruhr, Jerman.

Kejohanan berlangsung selama 12 hari bermula 18 Julai ini akan diwakili Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial); Farrel Glenn Felix Jurus (Fakulti Pendidikan Dan Pengajian Sukan) dan ⁠Hizilawanty Jamain (Fakulti Pendidikan Dan Pengajian Sukan).

Majlis penyerahan insentif disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor di Bangunan Canselori di sini pada Isnin.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin; Pengarah Pusat Sukan
Ahmadi Nurdin dan Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UMS, Prof. Dr. Ismail Ali.

{“remix_data”:[],”remix_entry_point”:”challenges”,”source_tags”:[],”origin”:”unknown”,”total_draw_time”:0,”total_draw_actions”:0,”layers_used”:0,”brushes_used”:0,”photos_added”:0,”total_editor_actions”:{},”tools_used”:{},”is_sticker”:false,”edited_since_last_sticker_save”:false,”containsFTESticker”:false}

Dr. Kasim berkata, pemberian insentif itu adalah sebagai tanda sokongan universiti kepada atlet yang berjaya melangkah ke peringkat antarabangsa, selain menjadi pembakar semangat buat atlet lain di kampus.

“Kejohanan ini dianjurkan secara dwi tahunan dan menghimpunkan atlet universiti dari seluruh dunia.

“Kita berharap mereka bukan sahaja membawa pulang pengalaman berharga, tetapi juga mengharumkan nama negara dan universiti,” katanya.
Sukan Universiti Dunia merupakan antara platform tertinggi bagi atlet universiti menonjolkan potensi mereka di pentas global – Chronivo / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Sukan

Tujuh pasukan sertai kejohanan Pesta Sukan Muhibbah JKM Ke-14

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular