HomeUtamaSyarikat dan seorang lelaki didenda benarkan warga asing berada di premis

Syarikat dan seorang lelaki didenda benarkan warga asing berada di premis

Read Time:1 Minute, 34 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat dan seorang lelaki masing-masing dikenakan denda atas kesalahan membenarkan imigran haram memasuki kawasan premis mereka.

Usaha Sensasi Sdn Bhd dikenakan denda keseluruhan RM15,000 kerana membenarkan tiga warga Indonesia berumur antara 49 dan 51 tahun berada di sebuah kilang kayu di Kampung Lohan Ulu, Ranau pada 24 Oktober 2023.

Yong Yick Thong, 62, didenda keseluruhan RM20,000 kerana membenarkan empat warga Filipina berumur antara 20 dan 60 tahun berada di sebuah tapak pembinaan ‘homestay’ di Kampung Sinisian, Kundasang pada 19 Oktober 2023.

Hakim Hurman Hussain mengenakan hukuman denda itu selepas wakil syarikat terbabit dan Yong mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 55E(2) Akta yang sama, yang memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM30,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap imigran haram yang dijumpai di premis.

Dalam mahkamah yang sama, enam warga Pakistan masing-masing didenda RM10,000 kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negeri ini, ada antaranya sehingga setahun.

Kesemua mereka ditahan bulan lalu di beberapa lokasi, termasuk Tuaran dan Penampang, selepas Pas Khas dan Pas Lawatan Sosial mereka tamat tempoh.

Hanya empat individu berjaya melunaskan denda tersebut.

Seorang lagi warga Pakistan dikenakan denda RM3,500 kerana memasuki Sabah tanpa pas yang sah dan melanggar syarat pas lawatan (kerja sementara).

Shah Bakht Biland ditahan pada 13 Jun di Kampung Simpangan, Tuaran selepas didapati memasuki Sabah tanpa pas. Bagi kesalahan ini, Shah dikenakan denda RM3,000 atau empat bulan penjara.

Tertuduh juga didapati melanggar syarat pas lawatan (kerja sementara) yang dikeluarkan kepadanya, iaitu dia hanya dibenarkan berada di Semenanjung Malaysia sahaja. Bagi kesalahan ini, Shah didenda RM500 atau tiga bulan penjara.

Shah telah membayar denda tersebut.

Pegawai Pendakwa Mohd Sharifuddin Salim dan Norizan Awang Tanda mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular