HomeUtamaPindaan Enakmen Hutan bukti keperihatinan Kerajaan Negeri tunai tuntutan,keluhan rakyat

Pindaan Enakmen Hutan bukti keperihatinan Kerajaan Negeri tunai tuntutan,keluhan rakyat

Read Time:2 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu: Pindaan Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) (Pindaan) 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini membuktikan keperihatinan Kerajaan Negeri menunaikan tuntutan dan keluhan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, pindaan ini membabitkan pembubaran tanah dalam kawasan hutan simpan penempatan sedia ada menghilang kebimbangan penduduk di kawasan itu mengenai status penempatan mereka.

“Pindaan ini sangat baik untuk rakyat Sabah, pindaan ini adalah untuk hilangkan kebimbangan dan keperihatinan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah-Pakatan Harapan Plus.

“Tuntutan penduduk terlibat ditunaikan di mana penempatan tradisional mereka yang sebelum ini mereka duduki dan selagi ia tidak disahkan mereka dalam keadaan bimbang dan tidak stabil serta tidak tentu hala tuju kerana status mereka masih diperosoalkan.

“Tetapi dengan adanya kelulusan seperti yang dibentangkan tadi dan kita bahas dan diluluskan nanti akan terjawab kebimbangan mereka,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) (Pindaan) 2025 di Persidangan DUN, di sini pada Selasa 

RUU enakmen ini dibentangkan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Ini bagi membubarkan sebahagian kawasan hutan simpan melibatkan sepuluh hutan simpan pelbagai kelas dengan keluasan keseluruhan lebih kurang 16,728.9 hektar bagi tujuan penempatan dan perkampungan yang sedia ada, melibatkan 40 buah kampung di daerah Sipitang, Tenom, Kemabong, Tawau, Kalabakan, Ranau dan Pitas serta lebih kurang 12,012 orang penduduk.

Pembubaran sebahagian daripada kawasan hutan-hutan simpan ini juga bagi memberi laluan untuk pembinaan Tapak Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Serudong – Simanggaris serta pembangunan kawasan bagi tujuan Pembangunan sosioekonomi negeri.

Daripada jumlah itu, seluas 15,978 hektar Hutan Simpan Sipitang Kelas II (kelas dua) dicadangkan untuk dibubarkan bagi tujuan perkampungan di daerah Sipitang, Tenom dan Kemabong yang melibatkan 36 buah kampung yang termasuk di dalam kawasan hutan simpan, serta memberikan kawasan yang mencukupi untuk aktiviti sara hidup penduduk setempat.

Dr Yusof berkata, penduduk di kawasan terlibat di Sipitang di Mendulong, Solob, Pakiak, Tunas Baru, Ulubol, Meligan, Iburu, Long Mio dan Long Pasia merakamkan terima kasih kepada Kerajaan negeri kerana telah meluluskan pembubaran hutan simpan ini.

Katanya, penempatan terlibat di Sipitang adalah dalam kawasan hutan simpan bekas tanah Sabah Forest Industries (SFI) sebagai konsesi yang tidak boleh dikacau.

“Permintaan ini telah dijawab dan ini merupakan hadiah kepada penduduk terlibat,” katanya sambil menambah pembahagian lot-lot di penempatan terlibat perlu dibuat secara tersusun.

Menurutnya, pembahagian dilakukan mengikut lot rumah, kemudahan awam, rumah ibadat, sekolah dan kemudahan sukan.

Dalam pada itu, beliau berkata mungkin ada pihak di luar sana menyatakan ini merupakan keputusan diambil bila mahu pilihan raya.

“Ini sudah lama kita perjuangkan demi kesejahteraan penduduk di penempatan sedia ada di kawasan hutan simpan,” kata Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular