HomeUtamaPerpustakaan Sabah perluas akses digital, sasar lebih ramai pengunjung

Perpustakaan Sabah perluas akses digital, sasar lebih ramai pengunjung

Read Time:47 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak lebih 1.3 juta orang pengunjung telah hadir mengunjungi Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) di seluruh rangkaian perpustakaan di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Harun Durabi berkata, bagi  tempoh sehingga Jun lalu, PNS telah mencatatkan seramai 474,399 orang pengunjung.

“Dalam usaha meningkatkan jumlah pengunjung, pihak perpustakaan sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif dan program sepanjang tahun. 

“Antaranya termasuklah Minggu Perpustakaan yang dijadualkan pada bulan Ogos dan Festival Sastera dan Seni Kanak-kanak pada bulan Oktober,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Jaffari Waliam [ADUN Dilantik] pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Selasa.

Harun berkata, perpustakaan juga memperluaskan akses kepada bahan digital dengan menyediakan bantuan tablet kepada 10 perpustakaan cawangan.

Katanya, ia bagi membolehkan pengunjung mengakses e-buku. 

“Usaha ini dijangka akan menarik lebih ramai pengguna untuk memanfaatkan kemudahan di perpustakaan, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular