HomeUtamaLelaki maut terkena hentakan tayar meletup di Keningau

Lelaki maut terkena hentakan tayar meletup di Keningau

Read Time:57 Second

KENINGAU: Seorang lelaki berusia 20 tahun maut selepas dipercayai terkena hentakan kuat tayar yang meletup ketika mengisi angin di sebuah bengkel tayar di Jalan Durok, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4 petang daripada majikan mangsa yang juga pemilik bengkel tersebut.

“Mangsa yang juga pekerja di bengkel berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terkena hentakan tayar meletup ketika sedang mengepam angin pada tayar lori.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah terlibat. Pemeriksaan pada tubuh mangsa juga tidak menemui sebarang kecederaan mencurigakan, kecuali luka pada bahagian kepala yang dipercayai akibat hentakan tayar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut saksi kejadian yang juga rakan mangsa, mangsa sedang mengepam angin tayar sebelum berlaku letupan kuat yang mengenai bahagian muka mangsa.

Tayar terbabit adalah jenis kapsyen bersaiz 295/80/22.5 yang digunakan untuk lori 10 tan.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut mengesahkan insiden itu berlaku secara tiba-tiba dan tiada unsur jenayah dikesan di lokasi,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Keningau untuk tindakan lanjut.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular