HomeUtamaTun Musa, Toh Puan Faridah hadiri Jamuan Teh Diraja

Tun Musa, Toh Puan Faridah hadiri Jamuan Teh Diraja

Read Time:36 Second

Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di sini pada Isnin.

Majlis yang bermula pada jam 4 petang itu didahului dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku sebelum Timbalan Mufti Sabah Abd. Razak Hamdin memimpin bacaan doa.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag turut hadir bersama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Kadzim M. Yahya dan jemaah menteri dalam jamuan di Dewan Seri Kinabalu.

Hadir sama dalam majlis tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular