HomeUtamaZahid Jangan Abaikan Sejarah, Pesongkan Fakta dan Kehendak Politik Sah Rakyat Sabah...

Zahid Jangan Abaikan Sejarah, Pesongkan Fakta dan Kehendak Politik Sah Rakyat Sabah – Jefrey

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung sentimen ‘Sabah For Sabahan’ disifatkan sebagai memecah belah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang membidas kenyataan itu berkata, kenyataan itu turut disifatan sebagai ‘mengabaikan sejarah, memesongkan fakta, dan mengetepikan kehendak politik sah rakyat Sabah’.

Katanya, rakyat Sabah tidak memerlukan kebenaran atau pengesahan pimpinan persekutuan menuntut apa menjadi hak mereka selain menambah Sabah tidak pernah menjadi negeri, tetapi rakan setaraf bersama Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu.

“Berdekad lamanya, Sabah dilayan seperti koloni sumber dengan suara kami disekat. Putrajaya secara sistematik meleraikan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), menghakis kedudukan kami dalam Perlembagaan, dan mengabaikan keperluan pembangunan kami.

“Dan sekarang, kami diberitahu tidak menyuarakan aspirasi kami sendiri? Supaya duduk diam sementara parti-parti Malaya berunding sesama sendiri tentang siapa layak memerintah Sabah?”

“‘Sabah for Sabahan’ akan terus kekal. Ia bukan slogan politik sementara. Ia adalah pengembalian kebenaran yang telah lama tertangguh. Jika ada sesuatu yang memecahbelahkan, ia adalah keangkuhan persekutuan yang berterusan dan enggan mengiktiraf kedudukan sebenar Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu, berkata kerjasama Sabah dengan kerajaan persekutuan mesti bersandarkan rasa hormat dan kesaksamaan bersama, dan wilayah Borneo tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk manipulasi dan eksploitasi.

Semalam, Zahid mengkritik sentimen ‘Sabah for Sabahan’ sebagai memecahbelahkan dan tidak membawa manfaat kerana Sabah sebahagian Persekutuan dan hubungan erat dengan Putrajaya adalah kunci kepada kemakmuran serta pembangunannya.

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular