HomeUtamaKarnival pendidikan borneo lonjak persediaan belia hadapi dunia pekerjaan

Karnival pendidikan borneo lonjak persediaan belia hadapi dunia pekerjaan

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Karnival Pendidikan, Kemahiran dan Kerjaya Borneo merupakan satu inisiatif penting dalam merapatkan jurang antara pendidikan dan keperluan industri.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, ia juga selari dengan aspirasi negara dalam melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran.

Karnival anjuran North Borneo University College (NBUC) itu katanya turut mendedahkan kepada pelajar khususnya peluang kerjaya dan kursus relevan dikehendaki industri semasa dalam mempersiapkan generasi yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Menurutnya lagi,Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyokong penuh usaha ini, seiring komitmennya memperkasa program TVET, pembelajaran sepanjang hayat serta pembangunan penyelidikan berimpak tinggi.

“Ini akan merapatkan jurang, mismatch antara apa yang dipelajari dan juga yang ditawarkan.  Tahniah kepada North Borneo University dan kita harap ini akan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar kita supaya memilih kursus yang terbaik yang diperlukan oleh industri dan juga menepati kelayakan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Karnival Pendidikan, Kemahiran dan Kerjaya Borneo di sini pada Sabtu.

Tambahnya, KPT sangat menggalakkan institusi lain terdiri awam atau swasta mengadakan program seumpama sebagai usaha meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan dalam negara.

Beliau turut memaklumkan peranan NBUC diiktiraf memainkan peranan penting dalam usaha menjadikan Sabah sebagai hab pendidikan tinggi serantau.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular