HomeUtamaUndang-undang baharu MAN Sabah untuk perkasa institusi Mahkamah Anak Negeri

Undang-undang baharu MAN Sabah untuk perkasa institusi Mahkamah Anak Negeri

Read Time:46 Second

Tambunan: Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah 1992 akan digantikan dengan versi baharu bagi memperkemas struktur Mahkamah Anak Negeri (MAN)dan memperkasa institusi tersebut.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inisiatif itu adalah bagi memastikan MAN lebih berkesan dan relevan.

“Ini yang sedang kita buat bagi memastikan agar Mahkamah Anak Negeri lebih berkesan dan relevan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Pesta Kaamatan 2025 di Dewan Terbuka Pisompuruan di sini hari ini.

Hajiji berkata MAN Sabah telah menyediakan draf enakmen baharu iaitu Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah 2025 yang kini sedang diteliti oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Draf ini memerlukan ulasan daripada Pejabat Peguam Besar Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dan Kementerian Kewangan sebelum diangkat kepada Jemaah Menteri dan seterusnya dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri,” katanya.

“Ia adalah salah satu daripada banyak inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memberi manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Dua ‘Datuk’ antara lima individu ditahan Ops Karen seleweng diesel RM247...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular