HomeUtamaBanjir Nabawan : Jumlah mangsa meningkat, lima PPS diaktifkan

Banjir Nabawan : Jumlah mangsa meningkat, lima PPS diaktifkan

Read Time:32 Second

Kota Kinabalu : Mangsa terjejas banjir di Nabawan terus meningkat kepada 391 orang melibatkan 96 keluarga setakat jam 12 tengah hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, sehingga kini sebanyak lima buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan.

Antara PPS yang dibuka di Nabawan adalah di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan yang menempatkan seramai 149 mangsa melibatkan 34 keluarga.

Turut diaktifkan adalah di Dewan Kampung Bahagia (75 mangsa); Balai Budaya Kabangawong (50 orang) dan Balai Budaya Kampung Sarikan (66 mangsa).

Satu lagi PPS yang diaktifkan adalah di Balai Budaya Kampung Saupi yang menempatkan 51 mangsa dari 13 keluarga. – Chronivo / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular