HomeUtamaCabul rakan cucu, lelaki 58 tahun dipenjara 7 tahun

Cabul rakan cucu, lelaki 58 tahun dipenjara 7 tahun

Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas seorang lelaki berusia 58 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan amang seksual fizikal.

Mangsa merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, yang juga rakan kepada cucunya.

Tertuduh, Otuh Absarin, membuat pengakuan bersalah di hadapan hakim Zaini Fishir @ Fisal semalam, atas kesalahan yang dilakukan pada sekitar tahun 2023 di sebuah rumah dalam sebuah kampung di daerah Sandakan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah tidak mengenakan hukuman sebatan atas faktor usia tertuduh.

Berdasarkan fakta kes, pada sekitar tahun 2023 mangsa telah pergi ke rumah tertuduh untuk bermain bersama cucunya. Setelah bermain, mereka menonton televisyen dan rakan mangsa (cucu tertuduh) tertidur.

Ketika itulah tertuduh mengambil kesempatan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa. Selepas kejadian, tertuduh meminta mangsa pergi memonton semula televisyen.

Pada 7 Februari tahun ini, mangsa telah menceritakan kejadian itu kepada pengadu yang bertindak membuat laporan polis. Susulan laporan tersebut, tertuduh ditahan pada keesokan harinya (8 Februari 2025).

Semasa prosiding mahkamah, tertuduh tidak diwakili peguam. Manakala Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azizi Hamil, mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular