HomeUtamaRanau dilanda gempa bumi lemah

Ranau dilanda gempa bumi lemah

Read Time:24 Second

Kota Kinabalu : Kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 2.9 dilaporkan berlaku di Ranau, Sabah pada jam 3.16 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi tersebut dengan koordinat 6.0 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur serta jarak 11 kilometer (km) Barat dari Ranau.

Gempa bumi dengan kedalaman empat km itu menyebabkan gegaran dirasai sekitar Ranau, Sabah dan kawasan sekitarnya.

Susulan kejadian itu, MetMalaysia akan terus memantau keadaan di sekitar kawasan terbabit. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular